"ha... kakcik ni kami kena kompaun ye sebab
melanggar etika pakaian (tidak menutup aurat)" ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga
dan pembantu kedai yang tidak menutup aurat
di Pasar Borong Wakaf Che Yeh,
Kota Bharu .
KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.
Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.
Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).
Pakcik sokong btul pendekatan terbaru ni, paling tidak melatih umat islam untuk patuh syariat agama yang mereka anuti. Walaupun tidak ikhlas gle, tapi sebab takut duit 500 terbang terpaksa akur.
Tak tau la kalau wat kat KL nih.....mau kaye DBKL kutip duit kompaun.
ISLAM TIDAK SPORTING?
Benarkah penyataan ini? ok let see in term of parent yg sporting dan yang "kononnya"tidak sporting:
kes pertama:
Rosmawati seorang gadis urban dibesarkan dalam budaya tekno dan kegelabahan kota, daddy dan mummynya amat sporting. Dia dibesarkan dengan kebebasan membuat keputusan. masa kecil dia di panggil baby, da besar nicknya watie. papa dan mummy tak pernah ajar@suruh semayang or etc, apa lagi bab pakaian......"let watie deside what's "cool" to put on". watie suka dan bangga dapat parent yang understanding dan sporting. watie boley pakai ape suke, keluar bile suke, dgn sape suke, buat ape suke. Sume dapat kelulusan dari mummy dan daddy, asalkan tak menjatuhkan maruah keurbanan mereka sudah...mummy dan daddy agree.
kes kedua:
Siti Aisyah seorang gadis urban dibesarkan dalam budaya tekno dan kegelabahan kota, daddy dan mummynya amat tidak sporting. Dia dibesarkan dengan kongkongan dlm membuat keputusan. masa kecil dia di panggil sayang, da besar nicknya aisyah. papa dan mummy tak pernah suruh semayang sebab kalau tak buat nanti kena rotan, apa lagi bab pakaian......"let we deside what's "cool to our eyes" to put on". Aisyah tak suka dan malu dapat parent yang mengongkong dan tak sporting. Aisyah xboley pakai ape suke, xboley keluar bile suke, xboley dgn sape suke, xboley buat ape suke. Sume kena ade kelulusan dari mummy dan daddy, asalkan tak menjatuhkan maruah agama mereka sudah...mummy dan daddy agree.
WATIE, seorang gadis MALANG yang rase BERTUAH kerana:
-dapat parent yang actually bukan sporting tetapi malas dan tak kisahkan hidup anak.
-dari kecil terbiar dlm membuat keputusan hidup yang rumit
-diberikan nama yang "up to date" tetapi punya makna yang buruk sebagai celaan.
-dapat parent yang membiarkan nafsu anak membuat keputusan sendiri.
-dapat parent yang menyogok kemewahan dan kesenangan dunia pada anak dan akhirat "lu pikir la sendri".
-dapat parent yang merosakkan anak dan keturunan.
AISYAH, seorang gadis BERTUAH yang rase MALANG kerana:
-dapat parent yang sporting dan ambil kisahkan hidup anak.
-dari kecil tidak terbiar dlm membuat keputusan hidup yang rumit.
-diberikan nama yang "kuno" tetapi punya makna yang baik sebagai doa.
-dapat parent yang tidak membiarkan nafsu anak membuat keputusan sendiri.
-dapat parent yang tidak menyogok kemewahan dan kesenangan dunia semata pada anak dan akhirat "meh pikir sama".
-dapat parent yang mendidik anak dan keturunan.
cumanya si anak akan rasa MALANG & BERTUAH tu mengikut persepsi mereka sendiri. Jika mereka menggunakan akal malang akan dilihat tuah dan tuah akan dilihat malang dan sebaliknya jika menggunakan nafsu.
So.. begitulah Islam ini, suatu rangkuman peraturan yang diturunkan atas dasar kasih Pencipta kepada hamba ciptaanNya supaya hidup tidak menderita dan berguna.
ADAKAH ANDA SETUJU DAN SANGGUP MEMILIH ISLAM SEBAGAI TATACARA HIDUP?