pagi ni pakcik sedikit tension
melihat beberapa gelagat di kaca television
bagai orang bodoh dan moron
mereka bercerita maruah anak yg telah 'gone'
maka pakcik pun merapu-rapu sendirian
menyampah melihat manusia yang lupa daratan
kesian mak bapak mereka yang pening tak keruan
yang nyata kita semua diperkotak-katikkan
tolonglah sedar wahai orang-orang yang kononnya risau
bahawa kamu dan anakmu itu sedang bermain pisau
didalam bilik gelap segalanya kau gagau
bila terluka habis semua orang kau lahabau
kenapa cerita tentang anakmu yang bakal tidak bersepender
kemudian kamu menyalahkan sistem yang sekunder
sedang sistem yang primer itu kau buat luper
tolooonglah sedar tolooonglah keluar dari biase
kerana biasamu itu adalah ciptaan sikeparat celaka
lalu dia letaknya kamu semua didalam kotak-kotak neraka
di dalamnya kamu bakal leka yang sebenarnya tersiksa
itulah dia masalahmu wahaaaaaaaai manusia
keluar sekarang weh, bukan esok atau lusa
carilah tuhanmu weh, Dia ada untukmu selamanya
cuma kau degil didalam sana, leka dengan permainan mereka
yang kemudiannya nanti kau dipaksa keluar secara paksa
wehhhh!!!! masa tu da takde guna
wahai tuhan pencipta diriku dan diri mereka
aku lemah dengan segala kata-kata
usiaku ini entah sampai bila
tolonglah aku tuhan, kau jaga aku dan mereka
jangan nanti bila kami sedar...destinasi kami adalah neraka