Tuesday, January 19, 2010

oh, sewelnya manusia........


LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si pakwe terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, shooo!!, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak ape. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu ape? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la...nanti manusia kena ubah pepatah plak "Pandai macam LEMBU"


sesetengah dari kita akan kata..."oh, sweetnyer...."

sedang makhluk Allah lain kata...."0h, sewelnyer....."


Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.


Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci & samak (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat (melainkan yg dibenarkan seperti berubat dll).

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya,

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

“…Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar: 9) "

“Hiduplah sesuka hatimu…sesungguhnya kamu pasti akan mati. Cintailah siapa saja yang kamu sukai… sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki…sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan”
- Ibnu Abbas-


.. Maknanya.. buatlah laa apa2 yang kita suka buat kat atas dunia ni.. tp kita kena ingat, last2 nnt kita akan balik bertemu Allah.. Yang mana ketika tu takde sape pun bleh tolong kita kecuali DIA..

2 comments:

ringo said...

nice post pak cik :)

pakcik said...

thanks 2 u, i learn not 2 membebel from u. still adjusting on many thing.